Komited untuk menjadi lebih bertenaga, dalam membangunkan teknologi, supaya mampu berkembang dan lebih dikenali diperingkat antarabangsa.
Sentiasa memenuhi kehendak pasaran dengan meningkatkan pengeluaran produk serta perkhidmatan yang disediakan; Bersama dengan kakitangan untuk membangun dalam suasana persekitaran yang selesa; Konsisten menjadikan koperasi lebih maju dan memberikan pemegang saham pulangan yang terbaik.
Maruah dan Integriti
Operasi kami adalah sah dan diperakui, semua perniagaan dijalankan di bawah undang-undang dan peraturan yang sama. Dalam dasar dalaman syarikat kami, kami amat menekankan tentang martabat dan integriti, tidak membuat janji-janji kosong kepada pelanggan, melakukan segala usaha yang terbaik; tiada rasuah dan tidak memilih agama dan bangsa.
Kerja Berpasukan
Semua kerjasama adalah berdasarkan kepentingan syarikat dan bukan kepentingan peribadi. Oleh itu, semua terlibat perlu bekerjasama untuk mencapai hasil yang dikehendaki.
Ke Arah Kecemerlangan
Tidak pernah berputus asa kerana kami percaya dengan sentiasa membuat pelarasan dan penambahbaikan secara bekerjasama turut mewujudkan sesuatu yang bernilai bagi produk mahupun perkhidmatan untuk kekal berdaya saing.
Jaminan Kualiti
Kami mengambil setiap konsainan pelanggan dengan teliti untuk mencapai kualiti dan nilai terbaik.
Berkongsi Pendapat
Kami berpegang pada prinsip utama kami “satu untuk semua, semua untuk satu”. Semua keputusan akan dikongsi dalam kalangan pemegang saham, rakan niaga, pasukan koperasi dan pekerja.
Amal Kebajikan
Koperasi kami sangat percaya bahawa apabila “Pendapatan dari komuniti, kembali kepada masyarakat”. Oleh kerana ini, sebahagian daripada keuntungan kami akan salurkan kepada yayasan amal dan juga organisasi bukan kerajaan.
WhatsApp us