fbpx

UCAPAN PENGERUSI

KOPERASI AL-NAJAH KUALA LUMPUR BERHAD



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Koperasi Al-Najah kepada tuan puan yang dihormati sekalian.

Bismillahirahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah,

Saya  ingin mengucapkan selamat datang ke laman sesawang Al-Najah kepada semua pengunjung. 

Melalui laman sesawang ini, setiap pengunjung dapat mencari pelbagai maklumat mengenai Al-Najah, keahlian, perniagaan, projek, penerbitan, borang keahlian dan aktiviti semasa. Pengurusan, program dan aktiviti daripada      Al-Najah dapat dikendalikan dengan lebih efisien dengan adanya kemudahan untuk memuat naik dan memuat turun bahan-bahan yang berkaitan.

Dijangkakan laman web ini akan menerima banyak kunjungan dan pada masa yang sama laman sesawang ini juga akan dikemaskini. Saya yakin kemudahan teknologi tersebut akan memberi banyak kelebihan terutama dalam memastikan Al-Najah aktif dalam melaksanakan fungsinya.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih atas sokongan padu untuk setiap program dan aktiviti yang kami anjurkan. Saya merasa sangat gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua rakan kerja yang berdedikasi dan juga ahli jawatankuasa yang terlibat dalam usaha melaksanakan dan menjayakan program Al-Najah. 

Selamat Maju Jaya Koperasi Al-Najah dengan Teknologi dan Era Baharu, 

Bersama Menuju Kejayaan Masa Depan Yang Maju dan Cemerlang. 

 

YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Profesor Haji Ahamad Musa So

Pengerusi Koperasi Al-Najah Kuala Lumpur Berhad 

Chinese (Simplified) Chinese (Simplified) English English Malay Malay