UCAPAN PENGERUSI
PPj BERSEKUTU (PA)
PROF. DATO’ SRI HAJI AHAMAD MUSA SO
Pengerusi Koperasi Al-Najah Kuala Lumpur Berhad
Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh.
Allahumma salli ala Muhammad wa ali Muhammad.
Bagi tahun 2023 ini, Koperasi Al-Najah Kuala Lumpur Berhad (KAN) telah masuk tahun keempat dan sekali lagi berjaya mengekalkan kecemerlangan dengan mencatatkan Keuntungan Bersih walaupun terpaksa mengharungi cabaran di sepanjang tempoh penularan Wabak Covid-19 sejak akhir 2019-2021. Kejayaan ini telah dapat terus dikekalkan pada tahun kewangan 2022 di mana KAN telah berjaya mencatatkan peningkatan Jumlah Pendapatan kepada RM5,641,657.32 berbanding pencapaian tahun 2021 berjumlah RM5,041,627.32. Sehubungan dengan itu, berlaku peningkatan dalam Keuntungan Bersih bagi tahun 2022.
Adalah menjadi tanggungjawab Koperasi untuk mengutamakan kepentingan dan kebajikan Anggota tetapi dalam masa yang sama peranan Anggota amat penting supaya setiap kemudahan yang dinikmati perlulah diuruskan dengan baik dan amanah. Kurangnya komunikasi dan penyampaian yang tidak tepat berkaitan Koperasi memberikan kesan besar kepada KAN bagi mengekalkan prestasi pencapaian dan kedudukan aliran tunai semasa.
Sehubungan ini, KAN menangani situasi ini dengan perlu mengukuhkan kawalan struktur kewangan dan pengembangan aktiviti perniagaan selaras dengan permintaan semasa agar setiap pelaburan yang dibuat akan menghasilkan pulangan yang lebih baik dan menguntungkan di samping pengurusan kos operasi yang efektif. Langkah pro aktif ini penting agar KAN akan terus mampu melakari dan mengekalkan kejayaan yang telah berjaya dicapai. Faktor pengurusan risiko perniagaan dan pematuhan Undang-Undang Kecil Koperasi sering diberikan tumpuan dan dititikberatkan dalam melaksanakan sebarang perniagaan baharu.
Kejayaan KAN ini turut dikongsikan dengan masyarakat khususnya yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir besar dan juga yang kurang berkemampuan di mana KAN sentiasa menyalurkan sumbangan dari segi wang ringgit, tenaga dan masa melalui penubuhan CDERT AL-NAJAH di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sejak tahun 2021.
Dengan ini, Anggota Lembaga dan Pengurusan KAN ingin menyeru kepada semua Anggota supaya dapat terus
memberikan sokongan dan kerjasama yang jitu agar KAN ini akan terus kekal berjaya di masa hadapan.
Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua Anggota KAN agar terus mengambil faedah dan
manfaat atas segala kemudahan dan kebajikan yang disediakan dalam usaha bersama untuk
mempertingkatkan kejayaan Koperasi ini.
Akhir kata, Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan KAN ingin merakamkan ucapan tahniah
kepada bidang-bidang yang aktif di bawah Koperasi di mana telah mempamirkan sokongan dan
komitmen bagi memastikan pengurusan dan urus tadbir KAN terus berada di landasan
yang tepat. Ucap terima kasih turut dirakamkan kepada semua Anggota
dan Pengurusan KAN yang berterusan memberikan sokongan dan
erjasama dalam memastikan kejayaan KAN ini.
Semoga segala tugas dan tanggungjawab ini dapat dilakasanakan dengan penuh
keikhlasan, jujur dan amanah bagi memperolehi keredhaan dan limpah
kurnia Allah subhanahu wa ta’ala.
In Sha Allah.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERSATU & BERKOPERASI”
PPJ BERSEKUTU (PA) PROF. DATO’ SRI HJ. AHAMAD MUSA SO
Pengerusi
Koperasi Al-Najah Kuala Lumpur Berhad