Tentang Kita
Ditubuhkan pada 2019, tujuan Koperasi ditubuhkan adalah untuk menjadikan platform koperasi bagi menggabungkan sumber kewangan, rujukan dan semangat bekerjasama. Dengan menerapkan kaedah koperasi serta prinsip “Satu untuk semua, semua untuk satu”.
Ke arah pengurusan organisasi secara demokrasi bagi mencapai faedah dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya.
Sebagai organisasi yang sah, Koperasi Al-Najah Kuala Lumpur Berhad diberi tanggungjawab untuk menguruskan semua perniagaan dan aktiviti yang memberi keuntungan kepada ahli- ahli di bawah Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi 1993 dan peruntukan-peruntukan piagam.
Koperasi Al-Najah Kuala Lumpur Berhad terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, tidak mengira bangsa, agama mahupun ahli politik.
Maruah dan Integriti
Operasi kami adalah sah dan diperakui, semua perniagaan dijalankan di bawah undang-undang dan peraturan yang sama.
Dalam dasar dalaman koperasi kami, kami amat menekankan tentang martabat dan integriti, tidak memberi janji-janji kosong kepada pelanggan, melakukan segala usaha yang terbaik; tiada rasuah dan tidak memilih agama dan bangsa.
Amal Kebajikan
Koperasi kami sangat percaya bahawa apabila "Pendapatan dari komuniti, kambali kepada masyuarakat". Oleh kerana ini, sebahagian daripada keuntungan kami akan disalurkan kepada yayasan amal dan juga organisasi bukan kerajaan.
Kerja Berpasukan
Semua kerjasama adalah berdasarkan kepentingan koperasi dan bukan kepentingan peribadi. Oleh itu, semua yang terlibat perlu bekerjasama untuk mencapai hasil yang dikehendaki.
Prinsip-Prinsip
Kebolehpercayaan dan kejujuran adalah nilai-nilai teras Koperasi Al-Najah, ia mewakili nilai-nilai dan prinsip-prinsip asas syarikat. Apabila syarikat berkembang, ia menjadi lebih penting kerana bukan sahaja membangunkan budaya syarikat tetapi turut membimbing dalam membuat keputusan dengan bijak.
Berkongsi Pendapat
Kami berpegang pada prinsip utama kami "satu untuk semua, semua untuk satu". Semua keputusan akan dikongsi di kalangan pemegang saham, rakan niaga, pasukan koperasi dan pekerja.
Ke arah Kecemerlangan
Tidak pernah berputus asa kerana kami percaya dengan sentiasa membuat pelarasan dan penambahbaikan secara bekerjasama turut mewujudkan sesuatu yang bernilai bagi produk mahupun perkhidmatan untuk kekal berdaya saing.
Jaminan Kualiti
Kami mengambil setiap konsainan pelanggan dengan teliti untuk mencapai kualiti dan nilai terbaik.